Saturday, September 27, 2008

Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 19, 2008

Mencari LAILATUL QADAR pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Malam Lailatul Qadar ialah malam yang diidamkan oleh setiap insan yang mencari dan menjalani ibadah ramadhan.Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3) Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan. Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209). Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali. Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071). Terdapat juga beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku. Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.

Adapun begitu dianjurkan supaya setiap malam bulan Ramadhan diisikan penuh dengan ibadat sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri

Monday, June 2, 2008

Indahnya Timah Tasoh

Resort
di Timah Tasoh...










Apartment
di Timah Tasoh...










Bilik Resort...











Ketenangan...
Keasyikan...










Tidak ternilai...











1hb -3hb Jun 2008.
Percutian keluarga MYSKOR, di Timah Tasoh amat mengasyikan, permandangan yang tenang dan suasana yang segar memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada kami. lagi pun memandangkan Resort ini akan menjadi panel dalam senarai tempat program seperti 'team building' yang bakal diadakan dikawasan utara semenanjung.

Resort ini juga dalam proses pembinaan kelengkapan program 'out door' seperti 'flying fox', 'up saling' dan berapa lagi kelengkapan sedang giat dijalankan.

Sesiapa yang berminat untuk bercuti atau mengadakan sebarang program di Timah Tasoh ini boleh lah berhubung dengan kami.

Saturday, May 17, 2008

Malam Bersejarah



Seorang daripada Pengarah Skor Network Resources Sdn Bhd, En. Ismail Rubani telah menerima Anugerah Selempang daripada Sdr Azlan Ghanie, penerbit Majalah Beladiri dan Perguruan Silat Melayu Keris Lok 9 dimajlis Sembah Salam Di Raja 2008 (Adat, Adab dan Istiadat) yang berlangsung secara gilang gemilang di Cherating Bay Resort, Cherating , Pahang pada 10hb Mei 2008 yang lalu. Beliau (En. Ismail) juga Guru daripada Perguruan Warisan Panah Lintar.

Tahniah kepada beliau atas pencapaian ini.

Tuesday, April 15, 2008

Kursus Keusahawanan



(MYSKOR - Your One Stop Training Solution Provider)

Kursus untuk membantu para pengamal Perubatan Komplementari (CVT) bagi mendalami pengetahuan perniagaan. Di dalam program ini peserta didedahkan mengenai perancangan strategik perniagaan disamping pengetahuan jualan dan pemasaran dengan teknik yang terbaru.

Atas permintaan, kursus lanjutan dari bengkel ini akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Sunday, April 13, 2008


SEDETIK KE ARAH KECEMERLANGAN
(MYSKOR - Your One Stop Training Solution Provider)
Bengkel ini melatih dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi meneruskan kesenambungan diri mereka. Proses ini memerlukan pencerakinan ilmu pengetahuan, aplikasi kemahiran dan kreativiti. Setiap pelajar yang ingin cemerlang dalam perjuangan perlu bersiap sedia dengan persediaan fizikal, mental dan emosi. Selain itu juga untuk memberi penuh keyakinan diri, kesungguhan, berusaha sedaya upaya, bertawakal serta teliti agar segala perancangan dan matlamat beroleh kejayaan yang cemerlang.

Friday, April 11, 2008

Kursus Anatomi dan Fisiologi



(MYSKOR - Your One Stop Training Solution Provider.)
(Anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.)
Kepada semua pengamal perubatan tradisional, komplimentari,tukang urut dan pengusaha SPA.
Sijil kehadiran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kursus seterusnya pada:
19hb dan 20hb Julai 2008 di Selesa Hotel, JB.
9hb dan 10hb Ogos 2008 di Kuala Lumpur International Hotel,KL

Daftar Segera. Tempat adalah terhad.

Pendaftaran sila hubungi 019 366 8382 atau 019 382 9055.


PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN KUALITI DIRI
(MYSKOR - Your One Stop Training Solution Provider)
Program ini bertujuan memberi kesedaran dalam usaha memperkukuhkan inspirasi pengurusan syarikat dan berkeyakinan melaksanakannya. Disebabkan itu, kami telah berusaha menyediakan program yang akan menjadi asas untuk mewujudkan satu kumpulan yang berkeyakinan dan berjaya. Kesemua modul kami, menawarkan keperluan untuk memahami semangat individu atau berpasukan dan bagaimana untuk melaksanakan dan seterusnya mengaplikasikan rencana tersebut didalam keperluan harian dan organisasi.